X

Kindly register in order to view this article
!

Carvalho yakin Chelsea mampu bangkit

Aksi Chelsea dan Bayern di Stamford Bridge 12 Mac lalu. -Foto: Gettyimages
A
A

BEKAS pemain Chelsea, Ricardo Carvalho yakin skuad The Blues itu mampu bangkit pada aksi kedua kalah mati Liga Juara-Juara apabila berdepan gergasi Bundesliga, Bayern Munich di Allianz Arena awal pagi esok (Ahad).

Carvalho berkata, skuad kendalian Frank Lampard itu bakal berdepan kesukaran pada perlawanan berkenaan setelah tewas 0-3 pada aksi pertama di Stamford Brige 26 Februari lalu.

Bagaimanapun menurut Carvalho, dia tetap memberikan sokongan kepada skuad The Blues itu pada perlawanan berkenaan.

"Semua orang bercakap mengenai pasukan yang sama, Barcelona, Real Madri, Juventus (jika berjaya menewaskan Lyon) dan Bayern; namun, saya akan tetap memberikan sokongan kepada Chelsea pada perlawanan ini, biarpun mengakui mereka bakal berdepan tugasan yang sangat berat di Allianz Arena

“Secara keseluruhannya pada ketika ini, ia hanya melibatkan satu perlawanan dan ia menjadikan semua aksi sukar untuk diramal kerana dengan hanya satu kesilapan kecil ia akan menjadi sesuatu yang besar,” katanya.

Untuk rekod, Carvalho yang kini menggalas tugas selaku pembantu kepada Andre Villas-Boas di Marseille pernah beraksi di Stamford Bridge pada musim 2004 hingga 2010 lalu itu tetap memilih untuk menyokong Chelsea kali ini.

Bagaimanapun laluan Chelsea dilihat agak berliku kerana selain ketinggalan daripada segi aggregat serta jaringan di tempat lawan, Chelsea juga berkemungkinan kehilangan khidmat beberapa pemain utama seperti Pedro, Christan Pulisic, Willian, N’golo Kante, Ruben Loftus-Cheeka dan Cesar Azpilicueta akibat kecederaan.

Setakat ini hanya Kante and Loftus-Cheek yang berpeluang untuk diturunkan pada aksi berdepan Bayern dan difahamkan pengendali Chelsea, Frank Lampard bakal menurunkan pemain muda Lewis Bate, Dynel Simeu dan Ian Maatsen pada perlawanan berkenaan.

Sementara itu Carvalho tetap gembira kerana dua pasukan pilihannya, Real Madrid dan Chelsea masih terus berada dalan saingan Liga Juara-Juara kali ini.

“Dua pasukan pilihan saya, Madrid dan Chelsea masih berjuang dalam saingan Liga Juara-Juara, tetapi mereka bakal bedepan tugas berat untuk mara ke suku akhir.

“Apa pun saya yakin, mereka mampu melakukannya dan seterusnya mengesahkan slot ke suku akhir kelak,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!