Jumlah kes Covid-19 seluruh dunia melepasi 19 juta

No Image Caption
A
A
A

MOSCOW - Jumlah kes koronavirus (Covid-19) yang disahkan di seluruh dunia telah melebihi 19 juta.

Agensi berita Sputnik, memetik data John Hopkins University melaporkan jumlah sebenar kes Covid-19 adalah 19,007,938 pada Jumaat.

Lebih 713,000 orang meninggal dunia kerana pandemik ini, kata universiti itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan penularan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. Sebilangan besar kes setakat ini didaftarkan di Amerika Syarikat, Brazil dan India. - Bernama

Artikel Berkaitan: