[VIDEO] Kronologi kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba di Mahkamah Kuala Lumpu untuk didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan berkaitan pembinaan terowong dasar laut. - FOTO ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR

A
A
A

KES projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang kini menjadi tumpuan utama rakyat negara ini, selepas kes SRC yang melibatkan bekas Perdana Menteri ketujuh, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Projek terowong sepanjang 7.2 kilometer itu menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai.

Ikuti kronologi kes berkenaan:

8 Jun 2016: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan kerajaan Pulau Pinang tidak pernah mohon kepada kerajaan Persekutuan untuk laksanakan projek pembinaan terowong dasar laut di negeri itu.

30 Mac 2017: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof maklumkan belum terima maklumat terkini mengenai kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci projek terowong dasar laut Pulau Pinang atau jambatan ketiga.

22 Jun 2017: UMNO Pulau Pinang desak Lim Guan Eng memperincikan bayaran kepada pemegang konsesi untuk projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa empat kali ganda lebih mahal.

9 Januari 2018: Beberapa pejabat agensi kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang serta syarikat berkaitan projek terowong dasar laut diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

10 Januari 2018: SPRM tahan dua pengarah syarikat hartanah yang bertanggungjawab laksana projek berkenaan

Artikel Berkaitan:

11 Januari 2018: 12 keterangan saksi diambil pasukan penyiasat SPRM yang terdiri daripada pegawai Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Perancangan Ekonomi Negeri, Pejabat JKR, Pejabat PTG dan pengarah urusan sebuah syarikat.

23 Januari 2018:SPRM tahan perunding kejuruteraan bagi membantu siasatan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

2 Mac 2018: SPRM tahan seorang lagi ahli perniagaan dipercayai terlibat menerima wang sejumlah RM3 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

30 Jun 2020: SPRM tahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan dakwaan elemen rasuah dalam projek terowong itu.

3 Julai 2020: SPRM ambil keterangan dua pegawai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang

6 Julai 2020: Tiga Exco Pulau Pinang iaitu Jagdeep Singh Deo, Chong Eng dan Phee Boon Poh beri keterangan di SPRM

15 Julai 2020: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Pulau Pinang Dr Afif Bahardin hadir ke ibu pejabat SPRM, dipercayai berkaitan siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

22 Julai 2020: Lim Guan Eng beri keterangan berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di ibu pejabat SPRM

25 Julai 2020: Lim Guan Eng beri keterangan kali kedua berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di ibu pejabat SPRM

26 Julai 2020: Lim Guan Eng beri keterangan kali ketiga berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di ibu pejabat SPRM

6 Ogos 2020:

9.10 malam - Guan Eng sampai di bangunan SPRM untuk memberikan keterangan.

9.30 malamm - Guan Eng ditahan pihak SPRM jam 9.30 malam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lim Guan Eng hadir ke SPRM sekali lagi

Kes terowong: SPRM sahkan Lim Guan Eng didakwa esok

Pemimpin DAP bersolidariti, sedia lawan untuk Guan Eng

7 Ogos 2020:

8.24 pagi - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng keluar dari bangunan SPRM, Putrajaya menuju ke Mahkamah Khas Rasuah Jalan Duta berkaitan isu torowong dasar laut di Pulau Pinang.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba di Mahkamah Kuala Lumpu untuk didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan berkaitan pembinaan terowong dasar laut. - FOTO ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba di Mahkamah Kuala Lumpu untuk didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan berkaitan pembinaan terowong dasar laut. - FOTO ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR

9.06 pagi - Guan Eng tiba di Mahkamah Khas Rasuah Jalan Duta.

Pemimpin dan wakil rakyat DAP turut sama hadir bagi bersolidariti ke atas Guan Eng di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - FOTO ASRIL ASWANDI ABDUL SHUKOR

10 pagi - Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas tuduhan meminta suapan berhubung projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang

Hakim membenarkan tertuduh dijamin dengan RM1 juta dan dua penjamin bagi pertuduhan tersebut

Sebutan kes pada 9 September 2020

ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng tiba di mahkamah

Guan Eng mengaku tidak bersalah

Artikel Disyorkan