Kasper mampu ulangi magis Schmeichel

Kasper Schmeichel - Foto goal.com
Kasper Schmeichel - Foto goal.com
A
A
A

MANCHESTER United dilaporkan sedang mempertimbangkan kehadiran penjaga gol Leicester City, Kasper Schemeichel, 33, yang juga anak kepada bekas legenda United, Peter Schmeichel pada musim panas ini.

Bekas pertahanan United, Mikkel Bischoff berkata, kehadiran Kasper dilihat bakal memberikan banyak manfaat kepada skuad The Red Devils itu bagi mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Penjaga gol yang berjaya di kelab ini (United) sebenarnya berada pada usia 30-an dan mereka mampu beraksi selama tiga atau empat tahun di Old Trafford.

“Kasper adalah peminat United dan kehadirannya di Old Trafford boleh diibaratkan seperti mimpi menjadi kenyataan. Ia akan menjadi sesuatu yang besar buat Kasper. Saya yakin dia akan lakukan apa sahaja untuk menyertai United,” katanya.

Bischoff turut menyifatkan kehadiran Kasper mungkin akan mengulangi kecemerlangan yang ditunjukkan oleh Schemeichel ketika beraksi bersama skuad The Red Devils itu pada era 1990-an lalu.

“Mungkin juga kehadiran Kasper akan membantu kejayaan United seperti zaman kemuncak bapanya dengan muncul juara EPL, Liga Juara-Juara dan lain-lain trofi kejuaraan,” jelasnya.

Spekulasi berhubung kehadiran Kasper semakin hangat diperkatakan terutamanya setelah prestasi merudum penjaga gol sedia ada, David de Gea selain penjaga gol, Dean Anderson yang masih dipinjamkan ke Sheffield United.

Namun, wujud juga desakan untuk United cuba membawa masuk penjaga gol baharu seperti Jan Oblak dari Atletico Madrid bagi mengukuhkan benteng terakhir pasukan.

Artikel Berkaitan: