Lim Guan Eng hadir ke SPRM sekali lagi
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebentar tadi dan terdapat kemungkinan beliau ditahan berhubung siasatan kes terowong Pulau Pinang.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan tiba di SPRM pada jam 9.10 malam ini menaiki kenderaan mewah jenis Vellfire berwarna putih.
Memetik laporan Malay Malay, Pengarah Komunikasi DAP, Medaline Chang memaklumkan Guan Eng hadir ke SPRM bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
"Setakat ini, difahamkan beliau ditahan secara rasmi," katanya.
Pada 26 Julai lalu, Guan Eng hadir kali ke tiga bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes berkenaan.
Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan dakwaan elemen rasuah dalam projek terowong tersebut.
SPRM turut memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapannya.
[Video] Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hadir ke Ibu Pejabat #SPRM di Putrajaya malam ini dipercayai berkaitan siasatan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. pic.twitter.com/xdLWkD1NpS
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 6, 2020
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Penggunaan Akaun Fleksibel KWSP perlu imbangi kesan jangka panjang
PLUS rangkul Anugerah Loji Rawatan Kumbahan Terbaik
Pelantikan Ahli Lembaga baharu DNB kemajuan penting penstrukturan semula 5G
Lebih baik bincang isu kekejaman Israel - Mat Sabu
[VIDEO] Anak bongsu Noor Rahiza tidak henti-henti panggil 'mama'
Pelik orang Malaysia tidak pandai berbahasa Melayu
Peniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang
KWSP perkenal Akaun Fleksibel, keluar simpanan bila-bila masa