Etika lantik Santharuban terajui Advend

Santharuban
Santharuban
A
A
A

PENGELUAR minuman halal terkemuka di Malaysia, Etika Holdings (Etika) melantik Santharuban Thurai Sundaram sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Advend yang baharu.

Dengan pelantikan itu, Santharuban bertanggungjawab memperluaskan sistem Advend, mengembangkan strategi pemasaran layan diri dan runcit tanpa sentuh kepada pengguna di Malaysia dan Singapura.

Malah, beliau yang berpengalaman dalam bidang pemasaran dan komersial telah melancarkan beberapa jenama baharu serta kempen pemasaran berkesan.

Santharuban berkata, ketika ini hampir sebahagian besar pelanggan agak sibuk dengan era teknologi di hujung jari dan perniagaan berasaskan mesin jualan automatik yang dilihat mempunyai potensi tinggi dan kemampuan untuk membangunkan teknologi baharu dalam pembayaran selain menawarkan pengalaman pembelian tanpa tunai.

“Dalam masa terdekat, Advend akan memperluas penawaran pembayaran tanpa tunai dan meningkatkan keupayaan urus niaga dalam membuat keputusan yang lebih baik.

“Syarikat akan sentiasa berusaha menawarkan cara yang lebih mudah dan berpatutan kepada pengguna untuk membeli produk yang sedap, disajikan sejuk dan dihasilkan sebaik mungkin,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Advend Systems Pte Ltd merupakan perniagaan layan diri yang berpusat di Singapura.

Pada Disember lalu, syarikat itu mengambil langkah strategik dalam menawarkan lebih banyak pilihan minuman dan makanan kepada pengguna mereka.

Artikel Berkaitan:

Etika kini menjadi penyedia layan diri terbesar di Malaysia dan Singapura dengan perkhidmatan minuman panas dan sejuk, minuman dalam tin dan botol serta makanan ringan seperti mi cawan.