MDEC anjur sidang kemuncak digital PKS

MDEC berharap sidang kemuncak yang dianjurkan dari 11 hingga 13 Ogos itu dapat menampung sehingga 100,000 peserta.
MDEC berharap sidang kemuncak yang dianjurkan dari 11 hingga 13 Ogos itu dapat menampung sehingga 100,000 peserta.
A
A
A

PERBADANAN Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan melancarkan Sidang Kemuncak Digital PKS (SME Digital Summit) yang pertama bermula dari 11 hingga 13 Ogos ini.

MDEC menjelaskan, sidang kemuncak berkenaan merupakan sebuah platform maya bagi memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mempercepatkan digital dengan memupuk minda transformasi digital di antara perniagaan.

Menurutnya, MDEC berharap sidang kemuncak berkenaan dapat menampung sehingga 100,000 peserta yang akan menyertai pelbagai perbincangan digital, persidangan, bengkel dan klinik latihan dianjurkan dengan kerjasama 60 rakan niaga.

“Pelbagai syarikat multinasional dan perusahaan tempatan akan menyertai sidang kemuncak ini, termasuk Maxis, Digi, Amazon Web Services dan Dell Technologies,” katanya semalam.

Sebanyak 12 sesi panel akan terlibat dalam perbincangan mengenai 10 bidang pendigitalan dan bagaimana ia dapat digunakan di 10 sektor perniagaan utama yang dijalankan pada sepanjang acara tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Surina Shukri berkata, MDEC sentiasa menyokong PKS tempatan dengan mempertingkatkan kemampuan, pembangunan pengetahuan dan bimbingan yang akan membantu mereka untuk menerapkan penggunaan digital dengan lebih baik.

“Ini sangat penting bagi perniagaan kita untuk maju kerana mereka akan mendorong PKS untuk menggunakan aplikasi digital.

“Apa yang penting, mereka akan memanfaatkan peluang pasaran baharu dan potensi AS$300 bilion (RM1.2 trilion) yang ditawarkan oleh ekonomi internet ASEAN,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: