X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki rogol, seks luar tabii dengan anak tiri ditahan

Gambar Hiasan
A
A

GOMBAK - Seorang pelukis pelan ditahan kerana disyaki merogol dan memaksa anak tirinya melakukan hubungan seks luar tabii di sebuah rumah di Taman Sri Gombak, Batu Caves, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek berusia 45 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 Ogos bagi membantu siasatan.

"Mangsa berusia 21 tahun itu merupakan anak perempuan bongsu daripada empat beradik dan tinggal bersama ibunya dan suspek di Gombak.

"Tiga adik-beradiknya yang lain tinggal bersama nenek mereka," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Arifai berkata, mangsa mendakwa kejadian pertama berlaku pada Mei tahun 2015 bermula suspek mencabul mangsa dan berlarutan sehingga mangsa dirogol pada Disember 2019.

"Kejadian kali terakhir ialah pada Jun lalu. Mangsa juga diugut oleh suspek supaya tidak memberitahu kejadian berkenaan kepada sesiapa," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan doktor di Hospital Selayang mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan," katanya.