PKPD: Kedah mula agih bekalan makanan secara berperingkat

Halimaton Shaadiah (dua kiri) turut membantu mengagihkan bekalan makanan kepada penduduk terjejas di Dewan Kampung Napoh, petang tadi.
Halimaton Shaadiah (dua kiri) turut membantu mengagihkan bekalan makanan kepada penduduk terjejas di Dewan Kampung Napoh, petang tadi.
A
A
A

JITRA - Kerajaan Kedah hari ini mula mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di empat mukim di negeri itu.

Sebanyak 165 bantuan kotak Sentuhan Kasih telah disampaikan oleh Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan negeri Kedah, Halimaton Shaadiah Saad di Dewan Kampung Napoh, dekat sini.

Menurutnya, bekalan makanan yang antara lain mengandungi beras, minyak masak, sardin dan telur itu diserahkan kepada ketua keluarga yang memakai gelang berwarna putih.

"Empat mukim ini berada di dalam Parlimen Jerlun, Kubang Pasu dan Padang Terap. Di Kubang Pasu sendiri terdiri daripada Mukim Ah, Mukim Binjal dan Hosba sahaja kita perlu edarkan bantuan kepada 1,257 ketua keluarga.

"Di Jerlun pula membabitkan kawasan Megat Dewa sebanyak 427 keluarga dan di Kampung Ulu di Padang Terap pula membabitkan 93 keluarga," katanya semasa ditemui media.

Halimaton yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam berkata, sebanyak 2,000 kotak bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Selangor dalam proses untuk dihantar ke kawasan ini.

Tambahnya, beliau juga berharap lebih ramai penduduk hadir membuat saringan di tempat yang ditetapkan bagi memudahkan tugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD: MB Kedah harap rakyat bersabar, 2,000 keluarga akan dibantu

Semalam, Sinar Harian melaporkan kerajaan Kedah akan menyediakan bantuan bekalan makanan kepada penduduk di empat mukim di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap yang terlibat dengan PKPD secara pentadbiran.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, JKM sedang berusaha mendapatkan jumlah keseluruhan penduduk di kawasan yang terjejas dengan wabak koronavirus (Covid-19) akibat kluster Sivagangga.

Artikel Berkaitan: