Mapim lancar tabung bantuan kilat letupan di Beirut

Kira-kira 300,000 orang hilang tempat tinggal berikutan dua letupan berlaku di Beirut pada Selasa lalu. - Foto AFP
Kira-kira 300,000 orang hilang tempat tinggal berikutan dua letupan berlaku di Beirut pada Selasa lalu. - Foto AFP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) semalam melancarkan tabung bantuan kilat kemanusiaan untuk mangsa serta wakil lapangan pertubuhan itu di Beirut.

Ketua Aktivis Kemanusiaan Mapim Malaysia Dr Sani Araby Al-Kahery berkata, insiden letupan yang berlaku pada petang Selasa itu turut menyebabkan pejabat wakil lapangan pertubuhan tersebut di Beirut rosak teruk.

"Bagaimanapun Alhamdulillah, tiada wakil Mapim yang terkorban namun kebanyakan mereka menghadapi kesukaran dari sudut penginapan ekoran kesan gelombang kejutan yang kuat.

“Dari lubuk hati Mapim menzahirkan dukacita dan takziah kepada mangsa dan seluruh rakyat serta kerajaan Lubnan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mapim merayu bantuan segera daripada orang ramai agar dapat terus disalurkan terutama bagi tujuan pembelian ubat-ubatan, bantuan bagi mereka yang hilang tempat tinggal selain untuk kerja-kerja pemulihan.

Katanya sasaran Mapim adalah mengumpul sebanyak RM1juta sejak tabung itu dilancarkan semalam.

Orang ramai boleh menyumbang kepada Tabung Bantuan Kilat Letupan Beirut MAPIM melalui pautan berikut: https://toyyibpay.com/Beirut-Emergency-Relief-Fund atau deposit sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Mapim, nombor akaun Maybank 5622-6354-0066.

Untuk sebarang maklum balas dan pertanyaan lanjut, orang ramai boleh melayari https://www.mapim.org/ atau berhubung terus dengan talian hotline Mapim 1300-888-038/012-8002016. - Bernama

Artikel Berkaitan: