Dia bukan bapa tetapi suami...

Dea dan suami bahagia walau berbeza 18 tahun. - Foto Detik News
Dea dan suami bahagia walau berbeza 18 tahun. - Foto Detik News
A
A
A

PEKANBARU - Perbezaan umur 18 tahun bukan penghalang cinta bagi pasangan suami isteri dari Arengka, Pekanbaru, Riau.

Dea Cindy Andina, 18, menikahi suaminya, Suparman, 36, tahun lalu dan pasangan berkenaan tular di aplikasi TikTok selepas warganet menganggap lelaki tersebut sebagai bapanya, lapor Detik News.

Menepis dakwaan itu, Dea memberitahu, lelaki yang dikenali sejak di bangku sekolah itu ialah suaminya.

"Walau pun berbeza, kami menjadi satu. Saya lahir tahun 2002 dan suami tahun 1984.

"Saya berkenalan dengan suami ketika di sekolah menengah dan kami berhubung melalui WhatsApp.

"Pada mula saya tidak layan kerana usianya namun setelah berbual, akhirnya menjadi serasi. Kami bertemu, kenal hati budi kemudian seminggu lepas itu suami menghantar rombongan meminang," katanya.

Bagaimanapun, Dea mengakui sentiasa positif ketika menerima kecaman daripada warganet sebaik sahaja mengetahui perbezaan usia mereka.

"Saya tidak endah dan tidak sedikit pun berkecil hati. Walau mereka cakap suami lebih sesuai menjadi ayah.

Artikel Berkaitan:

"Saya menikahi suami atas kerelaan hati dan bukan paksaan," katanya.

Sebelum ini, video menari Dea dan suami di TikTok tular hingga menjadi bualan hangat warganet malah ada yang mengecam.

Difahamkan, Suparman merupakan usahawan dan Dea masih belajar di sebuah institusi pengajian.