Wanita UMNO sokong siapa juga calon PRK DUN Slim

Noraini (depan) menyempurnakan gimik pelepasan 24 kenderaan Wanita UMNO Bahagian sempena program Ziarah Kasih Skuad Sayang 3K di Felda Residence, Sungkai hari ini.
Noraini (depan) menyempurnakan gimik pelepasan 24 kenderaan Wanita UMNO Bahagian sempena program Ziarah Kasih Skuad Sayang 3K di Felda Residence, Sungkai hari ini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Wanita UMNO menyerahkan kepada pucuk pimpinan sama ada meletakkan calon wanita atau sebaliknya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Ketua Wanitanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, pihaknya tetap memberi sokongan penuh menerusi gerak kerja awal di semua pusat daerah mengundi terlibat.

"Itu (calon wanita) kita serah kepada kepimpinan, sesiapa juga calon yang diletakkan, barisan Wanita UMNO sentiasa bersedia membantu.

"Dalam PRK Slim ini, kita turun sebagai pasukan pertama membuat bancian dalam kalangan pengundi, tetapi untuk makluman, dalam pilihan raya sebelum-sebelum ini pun, memang kita mulakan gerak kerja lebih awal sebagai persiapan menghadapi hari sebenar undi," katanya ketika ditemui pemberita pada program Ziarah Kasih Skuad Sayang 3K di Felda Residence, Sungkai di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin.

Noraini diiringi Saarani dan Wan Norashikin hadir pada program Ziarah Kasih Skuad Sayang 3K di Felda Residence, Sungkai hari ini.
Noraini diiringi Saarani dan Wan Norashikin hadir pada program Ziarah Kasih Skuad Sayang 3K di Felda Residence, Sungkai hari ini.

Noraini berkata, Wanita UMNO telah menambah baik pendekatan kempen sedia ada bagi memastikan semua gerak kerja dijalankan jentera pasukan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selain keselamatan ahli menjadi keutamaan.

"Gerak kerja kita ada sedikit berbeza tetapi matlamat tetap sama untuk meraih undi dan sokongan terhadap calon Barisan Nasional (BN).

Artikel Berkaitan:

"Saya sendiri telah arahkan jentera Wanita UMNO supaya ikut SOP, jaga kesihatan serta keselamatan masing-masing sepanjang kempen nanti," katanya.

Mengulas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Menteri Pengajian Tinggi itu berkata, semua pimpinan Wanita UMNO negeri itu sudah diarahkan untuk memulakan gerak kerja awal bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

"Sebenarnya gerakan dah mula selepas pilihan raya lepas, cuma perlu ditambah baik, saya yakin Wanita UMNO di sana sedar akan tanggungjawab mereka untuk menang dalam PRN ini," katanya.