X

Kindly register in order to view this article
!

Kes positif Covid-19 di Indonesia kini 118,753

Kes positif Covid-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 118,753 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,882 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
A
A

JAKARTA - Kes positif Covid-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 118,753 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,882 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman web rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 91,219 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 69 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini meningkat kepada 5,521 orang.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 24,115 kes, diikuti Jakarta (23,936) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,817 orang, diikuti Jakarta (901), Jawa Tengah (700), Sulawesi Selatan (330) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!