X

Kindly register in order to view this article
!

Biar pihak berkuasa selesaikan kes Muhammad Adib

Mohd Amar mengecat tiang sempena Program Jelajah U-Bes Muafakat Kelantanku Bersih Dun Panchor di Pasar Warisan Pengkalan Datu di sini.
A
A

KOTA BHARU - Kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim perlu diselesaikan dengan adil melalui kebijaksanaan pihak berkuasa termasuk polis dan Peguam Negara.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, masyarakat sentiasa meneliti kes itu selain ketidakpuasan hati keluarga anggota bomba berkenaan.

"Pada pendapat saya, keadilan mesti ditegakkan dan diberikan kepada Muhammad Adib. Caranya kita serah kepada kebijaksanaan pihak berkuasa," katanya selepas Program Jelajah U-Bes Muafakat Kelantanku Bersih Dun Panchor di Pasar Warisan Pengkalan Datu di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Cadang buka semula inkues kes Adib

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kertas siasatan kes kematian Muhammad Adib dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lalu, bersama beberapa cadangan.

Antaranya mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian Muhammad Adib pada 17 Disember 2018 itu dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Cadangan lain yang dikemukakan ialah diadakan semula prosiding inkues kedua bagi menyiasat kes kematian sekiranya mendapat persetujuan Peguam Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Adib tidak puas hati cadangan pertuduhan lebih ringan

Dalam laporan Sinar Harian hari ini, bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, tidak berpuas hati dengan cadangan polis dan Kementerian Dalam Negeri untuk membuka semula kertas siasatan dengan pertuduhan lebih ringan ke atas 12 suspek yang didakwa mengakibatkan kematian anggota bomba tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!