X

Kindly register in order to view this article
!

Hisap vape, Hishammuddin perlu mohon maaf secara rasmi

Hishammuddin Hussein
A
A

KUALA LUMPUR - Wakil pembangkang hari ini menuntut permohonan maaf secara rasmi daripada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana menghisap vape di Dewan Rakyat Isnin lalu.

Wong Shu Qi (PH-Kluang) berkata, ini kerana tindakan itu jelas bertentangan dengan Peraturan Tetap 41(d) yang mana seseorang ahli Parlimen tidak dibenar merokok di dalam dewan.

"Kalau ikut (di) Twitter, ada seorang pengikut media sosial telah bangkit Yang Berhormat Semberong (Hishammuddin) hisap vape ketika Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Dr Wee Ka Siong) menjawab soalan ketika pertanyaan lisan.

"Yang Berhormat (Hishammuddin) pun sudah mengaku salah dalam akaun Twitter beliau.

"Saya rasa lebih elok, lebih baik menteri berkenaan memohon maaf secara rasmi di dalam dewan yang mulia," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Shu Qi bangkit mencelah selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi selesai menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi kementeriannya.

Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon kemudiannya memaklumkan pihaknya akan membuat penelitian terhadap perkara yang dibangkitkan tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!