X

Kindly register in order to view this article
!

Pemalsuan mata wang negara terkawal

Mohd Shahar Abdullah - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar pemalsuan mata wang Malaysia masih berada di tahap yang rendah berbanding negara lain.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, ini kerana mata wang negara dilengkapi antara 10 hingga 15 ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan isu pemalsuan mata wang tempatan.

"Saya akui ada kes-kes terpencil tetapi berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), kadar pemalsuan mata wang adalah rendah.

"Nisbah pemalsuan mata wang mengikut setiap juta (ppm) pada tahun 2016 ialah 1.4 helai manakala bagi tahun 2019 pula 1.2, sementara pada separuh suku pertama tahun ini ialah 1.0," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai aktiviti pengedaran mata wang palsu yang dilaporkan semakin membimbangkan.

Mengulas lanjut, Shahar berkata, pihak berkuasa akan menyiasat mengenai kewujudan mata wang palsu jika terdapat aduan dilaporkan.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan jumlah wang kertas yang telah dikeluarkan dan diedarkan oleh BNM ialah sebanyak RM120.7 billion pada 2019 berbanding RM113.2 bilion yang telah didepositkan oleh institusi kewangan dalam tempoh sama.

Katanya, pada akhir 2019, jumlah mata wang dalam edaran sebanyak RM114.1 bilion yang terdiri daripada wang kertas bernilai RM110.5 bilion, duit syiling bernilai RM3.5 bilion dan duit peringatan bernilai RM82.6 juta.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!