X

Kindly register in order to view this article
!

Guru terdiam lihat 'mask' murid kotor, dijahit

Paparan Twitter Muhamad Fazri tular di laman sosial.
A
A

SANDAKAN - Seorang guru terkedu melihat pelitup muka anak muridnya kotor malah tali dijahit semula kerana putus.

Muhamad Fazri Hassan yang mengajar kelas pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan, Sabah memberitahu, keluarga murid itu daripada golongan kurang berkemampuan.

Guru itu memberitahu beliau dimaklumkan perkara itu selepas mengajar murid berkenaan cara pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam kawasan yang sesak.

"Saya tidak menyangka menemui 'mask' yang kotor malah talinya dijahit dengan benang hitam," katanya kepada Sinar Harian.

Guru berusia 27 tahun itu juga turut memaklumkan ramai murid mengalami masalah yang sama dengan memakai pelitup muka berulang kali sedangkan ia tidak elok untuk kesihatan.

"Ramai murid yang menggunakan pelitup muka antara dua hingga tiga hari kerana keluarga mahu berjimat," jelasnya.

Pelitup muka kotor masih diguna oleh murid Muhamad Fariz.
Pelitup muka kotor masih diguna oleh murid Muhamad Fariz.

Dalam pada itu, bagi mengatasi masalah tersebut, pihak sekolah telah menyediakan pelitup muka dan diberikan kepada murid berkenaan.

"Bukan itu sahaja, kami juga pelitup muka percuma untuk murid yang tidak berkemampuan di kelas," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan masyarakat untuk sentiasa prihatin kepada golongan memerlukan terutama murid sekolah.

"Berdasarkan kepada bacaan di ruang komen Twitter, sepertinya perkara ini terjadi hampir di setiap sekolah.

"Justeru, saya berharap perkara sedemikian diberi perhatian dan menggalakkan orang ramai memberi sumbangkan pelitup muka, sabun tangan dan pembersih tangan di sekolah berdekatan untuk membantu murid yang memerlukan," katanya.

Sebelum ini, perkongsian guru itu tular di laman media sosial sehingga menarik perhatian ramai yang mengambil peluang menghulurkan bantuan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!