X

Kindly register in order to view this article
!

Pemilik anjing cederakan wanita didenda RM2,000

Sea Hai dibawa keluar dari Mahkamah Majsitret Ayer Keroh, hari ini.
A
A

MELAKA - Seorang pemilik anjing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana kecuaian menjaga haiwan peliharaannya hingga menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita, Julai lalu.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap Liew Sea Hai, 43, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan cuai menyebabkan anjing miliknya mencederakan Purba Evita Kristina, 23, di hadapan rumah di Jalan Marikh 8, Taman Tanjung Minyak Perdana di sini jam 9.30 malam, 27 Julai lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Raudhah Mazmanm, manakala tertuduh diwakili Surendran Chelvarajah.

Dalam rayuan yang dikemukakan peguam, tertuduh kesal dengan kejadian itu yang membiarkan pagar rumah terbuka dan rantai besi yang mengikat anjing telah terputus menyebabkan haiwan itu keluar daripada rumah disewanya.

Mahkamah kemudian menetapkan denda maksimum RM2,000 atau dikenakan penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut mengarahkan anjing berkenaan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk tindakan selanjutnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!