77 waris diberi notis langgar peraturan tanah perkuburan

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberi notis kepada waris mengenai pelanggaran peraturan di Tanah Perkuburan Choa Chu Kang. - Foto Mediacorp.sg
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberi notis kepada waris mengenai pelanggaran peraturan di Tanah Perkuburan Choa Chu Kang. - Foto Mediacorp.sg
A
A
A

SINGAPURA - Seramai 77 waris diberi notis oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengenai pelanggaran peraturan di kubur anggota keluarga di Tanah Perkuburan Choa Chu Kang.

Menerusi NEA, notis dikeluarkan bulan lalu bagi menjelaskan bahawa sebarang perbuatan mendirikan struktur seperti menyimen atau memasang jubin pada laluan berumput di ruang antara plot-plot kubur adalah dilarang, lapor Mediacorp.sg, hari ini.

"Kawasan terlibat di Blok N-1-13 menempatkan plot-plot kubur yang dikebumikan semula.

"Pihak waris telah hubungi kami dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengenai notis pemberitahuan yang dikeluarkan itu.

"Mereka memahami tentang perkara ini dan sebilangan daripada mereka akan memecahkan lantai simen (pada plot kubur) berkenaan," katanya.

Jelasnya, tempoh dua bulan diberikan kepada waris daripada tarikh notis itu dikeluarkan agar mereka berpeluang mendapatkan khidmat kontraktor bagi memecahkan simen yang dipasang itu.

Paparan Facebook NEA mengenai perkara tersebut.
Paparan Facebook NEA mengenai perkara tersebut.

"Contohnya, jika notis yang dipasang pada pusara terjejas bertarikh 24 Julai 2020, perlu mendapatkan khidmat kontraktor dan memecahkan lantai simen di plot kubur berkenaan sebelum 24 September 2020," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, jika waris tidak mengambil sebarang tindakan susulan selepas tempoh dua bulan itu, kontraktor NEA akan meneruskan kerja-kerja memecahkan struktur atau lantai simen berkenaan.

"Rumput akan ditanam semula selepas itu demi memastikan keselamatan para pengunjung," katanya.

Dalam pada itu, perbuatan menyimen laluan antara plot-plot kubur boleh menyebabkan laluan jalan menjadi tidak rata di tapak berkenaan.

"Ia boleh mengundang risiko kemalangan bagi pengunjung seperti tersandung atau terjatuh, terutama ketika hujan.

"Takungan air juga boleh berlaku antara bahagian yang disimen dan yang tidak disimen sehingga merangsang pembiakan nyamuk," menurut kenyataan itu.