PKNS rai 138 kakitangan, pesara

Amin (dua dari kiri) bersama Azizi (kiri) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima dalam majlis berkenaan.
Amin (dua dari kiri) bersama Azizi (kiri) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima dalam majlis berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 138 kakitangan dan pesara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diraikan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang yang berlangsung di Dewan Aster PKNS kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata, penyerahan anugerah berkenaan dapat menjadi pembakar semangat dan pengiktirafan kepada warga kerja PKNS yang telah mempamerkan kecemerlangan masing-masing.

Dalam masa sama katanya, ia turut menggalakkan pegawai serta anggota kerajaan untuk terus memberikan komitmen dalam meningkatkan produktiviti mutu kerja yang berkualiti tinggi.

“Semoga penganugerahan ini dapat menggalakkan pegawai untuk berkhidmat dengan lebih baik pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hadir sama menyempurnakan majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Menerusi penyerahan itu, seramai 82 orang penerima anggota cemerlang pada tahun ini membawa pulang medal emas berserta sijil penghargaan manakala 54 orang anggota yang telah berkhidmat lebih 27 tahun di PKNS serta 29 bakal pesara turut menerima seutas jam tangan bersama sijil penghargaan.

Artikel Berkaitan: