Ujian tidak patuh prosedur mungkin beri keputusan ralat

Pelaksanaan ujian makmal koronavirus (Covid-19) tanpa mematuhi prosedur ditetapkan berkemungkinan memberi keputusan yang ralat. Foto: 123RF
Pelaksanaan ujian makmal koronavirus (Covid-19) tanpa mematuhi prosedur ditetapkan berkemungkinan memberi keputusan yang ralat. Foto: 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan ujian makmal koronavirus (Covid-19) tanpa mematuhi prosedur ditetapkan berkemungkinan memberi keputusan yang ralat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, saringan kadar positif dengan menggunakan kaedah Reverse Transcriptase - Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) mendapati kadar positif Covid-19 di negara ini hanya 0.96 peratus.

"Untuk RT-PCR, interpretasi yang salah boleh berlaku sekiranya pihak makmal tidak mengikut prosedur seperti jika kita kesan satu gen sahaja, seeloknya ia tidak boleh dianggap positif.

"Ujian swab perlu diulang semula untuk kali kedua, barulah kita boleh anggap ia sebagai positif.

"Setakat ini kita laksanakan di Kedah dan Sarawak, di mana 9,003 kes positif dikesan," katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) mengenai klasifikasi kes positif menggunakan ujian RT-PCR bagi mengelakkan tanggapan segelintir pihak yang beranggapan kerajaan menyembunyikan data sebenar Covid-19.

Dalam perkembangan sama, Dr Adham turut memberitahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menggunakan kit ujian pantas (RTK) antigen, dengan ketepatan mencukupi dan berupaya memberi keputusan dalam tempoh singkat.

Artikel Berkaitan: