Facebook lancar klon TikTok, Instagram Reels

Pilihan Reels tersedia di aplikasi Instagram.
Pilihan Reels tersedia di aplikasi Instagram.
A
A
A

LOS ANGELES - Facebook Instagram melancarkan aplikasi video pendek popular - TikTok Instagram Reels, lapor agensi berita Arab Saudi memetik AP.

Fungsi Instagram baharu itu membolehkan pengguna merakam dan mengedit video berdurasi 15 saat dengan audio, dan memberi peluang kepada pengguna untuk menambah kesan visual.

Pengguna juga akan dapat berkongsi Reels dengan pengikut di Instagram, melalui Reels in Explore, atau dalam 'Story' dan akan padam selepas 24 jam.

Pilihan Reels akan tersedia di aplikasi Instagram.

Syarikat itu menguji Reels di Brazil bermula November dan di Perancis, Jerman serta India sejak awal musim panas.- Bernama

Artikel Berkaitan: