Bekas CEO direman bantu siasatan kes rasuah AS$2.5 juta

Bekas CEO berkenaan direman tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah AS$2.5 juta.
Bekas CEO berkenaan direman tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah AS$2.5 juta.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan kes menerima rasuah berjumlah AS$2.5 juta.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 8 Ogos depan dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya kira-kira jam 4.30 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

"Difahamkan, suspek disyaki menerima suapan tersebut daripada sebuah syarikat dari luar negara sebagai balasan untuk pembelian 10,000 tablet berjumlah AS$5.8 juta sekitar 2014 sehingga 2018," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun, pembelian tersebut dibuat secara sulit tanpa persetujuan daripada ahli lembaga pengarah syarikatnya sehingga menyebabkan kerugian besar.

"Wang rasuah yang diterima tersebut turut disorok di luar negara seperti di Singapura dan Hong Kong," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 (ASPRM 2009).

Artikel Berkaitan: