X

Kindly register in order to view this article
!

Bapa didakwa cederakan anak perempuan

Seorang bapa yang didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini.
A
A

KUALA KANGSAR - Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap anak perempuannya berusia tujuh tahun, Ahad lalu.

Tertuduh yang berusia 37 tahun bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas anak perempuannya di rumah pada kira-kira jam 8.20 malam di Kampung Kroh Hilir, Padang Rengas.

Tertuduh yang juga seorang penganggur didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 326(A) kanun yang sama yang membawa kepada hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 7 September ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Bagaimanapun, tertuduh tidak boleh dikenakan jaminan selepas dia disabitkan kesalahan atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badan di Pejabat Narkotik Kuala Kangsar di sini, kira-kira jam 11.20 malam pada 14 Januari lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Nurul Asyifa kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula hari ini serta dikenakan pengawasan selama dua tahun.

Kedua-dua pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Noridah Dali manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Syuhada Mohd Yusof.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa hempas anak ke lantai ditahan

Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan tindakan bapa yang tergamak menghempas anak ke lantai rumah hingga menyebabkan kecederaan di bahagian dahi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!