Maut dilanggar lori ketika baik pulih lampu isyarat

Tayar hadapan lori pecah selepas melanggar seorang pekerja kontrak dari arah belakang di Kilometer 19 Kuala Selangor - Kuala Lumpur semalam.
Tayar hadapan lori pecah selepas melanggar seorang pekerja kontrak dari arah belakang di Kilometer 19 Kuala Selangor - Kuala Lumpur semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang pekerja kontrak maut selepas dilanggar sebuah lori ketika menjalankan kerja-kerja baik pulih lampu isyarat di Kilometer 19 Kuala Selangor - Kuala Lumpur di sini semalam.

Kejadian pada jam 11.40 pagi semalam itu mengakibatkan mangsa, Wong Soon Keat, 48, yang berasal dari Kampung Batu 5, Dungun, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa yang sedang membaik pulih lampu isyarat dilanggar dari arah belakang lori terbabit yang gagal mengawal kenderaannya disebabkan tayar hadapan pecah.

"Akibat daripada kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: