Air terjun Sungai Pandan perlu kemudahan elektrik

Lokasi ini menjadi tumpuan perkhemahan pencinta alam semulajadi.
Lokasi ini menjadi tumpuan perkhemahan pencinta alam semulajadi.
A
A
A

KUANTAN - Keindahan flora dan fauna di air terjun Sungai Pandan termasuk pusat Konservasi Periuk Kera akan lebih menarik perhatian pengunjung jika lokasi itu mempunyai kemudahan elektrik dan liputan telekomunikasi.

Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi (Nature Guide), Wan Fariduddin Wan Ibrahim berkata, lokasi itu menjadi tumpuan terutama membabitkan sektor pelancongan pendidikan (education tourism).

Katanya, pelancong yang bermalam tidak dapat menikmati kemudahan berkenaan.

Kemudahan Boardwalk yang terdapat di pusat Konservasi Periuk Kera Air Terjun Sungai Pandan
Kemudahan Boardwalk yang terdapat di pusat Konservasi Periuk Kera Air Terjun Sungai Pandan

"Bagaimanapun fasiliti lain seperti tandas, tempat salin pakaian dan surau amat memuaskan. Cuma pelancong yang saya bawa ke sini amat berharap jika mempunyai akses telekomunikasi dan elektrik," katanya.

Pemandu pelancong, Mohamed Fadli Ismail, juga berpendapat kemudahan elektrik akan membantu pembangunan edutourism di Air Terjun Sungai Pandan.

Menurutnya, paling menarik perhatian di kawasan berkenaan ialah spesis periuk kera Nepenthes Ampullaria atau periuk kera betina yang banyak tumbuh di pusat Konservasi Periuk Kera.

Air Terjun Sungai Pandan kaya flora dan fauna
Air Terjun Sungai Pandan kaya flora dan fauna

Artikel Berkaitan:

"Ada tiga lagi spesis lain yang jarang ditemui di hutan lain seperti Mirabilis, Gracilis dan Magnoliophyta yang semakin sukar ditemui. Saya yakin ada banyak lagi spesis lain yang boleh dikaji dan dipelajari.

"Di pusat konservasi ini terdapat kemudahan boardwalk yang memudahkan pelancong dan memelihara pokok pokok. Sekiranya ada kemudahan elektrik, aktiviti lawatan boleh diadakan di sebelah malam.

Rakannya, Mohamad Khairol Azhar Mohamed Latif berkata, air terjun Sungai Pandan penting sebagai tapak pelbagai spesies tumbuhan di Malaysia.

Antara lokasi cantik di Air Terjun Sungai Pandan
Antara lokasi cantik di Air Terjun Sungai Pandan

"Ia adalah kawasan yang kaya dengan biodiversiti dan mempunyai sejumlah besar spesies endemik yang jarang dijumpai dan terancam," katanya yang turut menyokong kemudahan elektrik dan rangkaian telekomunikasi dipasang di situ.

Bagi pengusaha kawasan itu, Mohd Faiisal Romli berkata, beliau akan membawa cadangan tersebut untuk perhatian wakil rakyat setempat kerana setelah 16 tahun beroperasi, tiba masanya penambahbaikan dilakukan.