X

Kindly register in order to view this article
!

MBPJ umum pelantikan baharu Ahli Majlis Zon 24

Ridzuan mengangkat sumpah dalam majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya hari ini.
A
A

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengumumkan pelantikan Ridzuan [email protected] sebagai Ahli Majlis Zon 24 yang baharu bagi sesi 2018-2021.

Pelantikan Ridzuan tersebut adalah bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan yang ditinggalkan penyandangnya, Nurainie Haziqah Shafii pada 17 Mei lalu.

Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat MBPJ menerusi satu kenyataan berkata, majlis mengangkat sumpah dan lafaz ikrar jawatan telah diadakan di hadapan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Sayuthi Bakar di Ibu Pejabat MBPJ hari ini.

"Peranan ahli majlis bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah untuk menggalas tanggungjawab sebagai penggubal dasar-dasar Majlis selari dengan dasar Kerajaan Selangor.

"Di samping itu, mereka turut berperanan bagi menggerakkan masyarakat untuk melibatkan diri secara langsung dalam program yang dianjurkan serta sebagai perantaraan antara MBPJ dan warga Petaling Jaya," katanya.

Sebelum ini, Nurainie mengumumkan melepaskan jawatan Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Majlis MBPJ selepas mendakwa tidak lagi yakin dengan idealisme serta perjuangan parti itu.

Mengulas lanjut, Sekreteriat Media MBPJ berkata, komposisi ahli majlis yang berintegriti diharap dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat tanpa mengira kaum.

"MBPJ menyediakan sebuah bandar raya yang kondusif untuk bekerja dan didiami oleh semua selari dengan visi untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya pintar, mampan, berdaya tahan serta dinamik," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!