Jangkitan Covid-19 terus meningkat di Indonesia

Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 116,871 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,815 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 116,871 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,815 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
A
A
A

JAKARTA - Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 116,871 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,815 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman web rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 94,593 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 64 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini meningkat kepada 5,452 orang.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 23,829 kes, diikuti Jakarta (23,380) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,799 orang, diikuti Jakarta (888), Jawa Tengah (680), Sulawesi Selatan (329) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Artikel Berkaitan: