Ganti suami cat bas

Kasni mengecat bas pada jam 10 pagi sehingga 6 petang.
Kasni mengecat bas pada jam 10 pagi sehingga 6 petang.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang wanita nekad melakukan pekerjaan yang lebih sinonim golongan lelaki dengan menguruskan bengkel mengecat bas apabila suaminya terlantar sakit sejak tahun lalu.

Tanpa pakaian cantik dan bermekap, Kasni Kibu, 46, yang berasal dari Sabah melakukan tugas memanjat, membancuh cat dan mengecat bas yang biasanya mengambil masa dua minggu untuk disiapkan.

“Kepandaian saya di situ saja dan itu pun selepas sentiasa membantu suami di bengkel membuatkan saya minat untuk melakukan kerja ini. Apabila keadaan kesihatan suami semakin teruk, semua kerja-kerja di bengkel saya lakukan sendiri yang dibantu adik perempuan.

"Kerja ini memang memenatkan tetapi meneruskan perniagaan suami jalan terbaik untuk saya mencari rezeki berbanding bekerja di tempat lain,” katanya ketika ditemui di bengkelnya di Jalan Kayu Ara, Mambau di sini.

Kasni sedang membancuh cat di bengkelnya sebagai persediaan mengecat bas pelanggan.
Kasni sedang membancuh cat di bengkelnya sebagai persediaan mengecat bas pelanggan.

Bagaimanapun, dengan kudrat wanitanya, Kasni hanya mampu menerima dua buah bas untuk dicat dalam tempoh sebulan dengan kadar minima bayaran RM3,000 dan bayaran bergantung kepada warna dan reka bentuk corak yang dikehendaki pelanggan.

Wanita ini juga bernasib baik kerana mempunyai pelanggan tetap termasuk dari luar Negeri Sembilan.

“Kalau dengan suami dulu, kami mampu siapkan sebuah bas dalam tempoh seminggu atau sembilan hari saja.

Artikel Berkaitan:

“Ada yang kata mengecat kerja mudah tetapi tenaga wanita tidak sama seperti lelaki. Setakat ini saya bersyukur pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja saya,” katanya.

Kasni sedih mengenang ujian pada dirinya.
Kasni sedih mengenang ujian pada dirinya.

Dalam pada itu, Kasni turut mengakui kesal kerana ada pelanggan yang mengambil kesempatan membuat bayaran lewat dan ada juga yang mengambil bas siap dicat tanpa membayarnya.

Katanya, situasi itu menyebabkannya berputus asa tetapi beliau kuatkan hati demi kelangsungan hidup menyara suami yang terlantar sakit.

Sementara itu, Kasni berkata, kesihatan suaminya Aripuddin Marzuki, 57, mula merosot sejak 2014 dan mula terlantar pada November tahun lalu selepas keluar dari hospital.

“Fizikal suami saya tiba-tiba jadi lemah dan hilang ketahanan diri. Doktor tidak dapat mengesahkan penyakitnya dan selepas seminggu ditahan di wad, beliau tidak lagi mampu berjalan.

Menjadi harapan Kasni suaminya dapat sembuh seperti sedia kala.
Menjadi harapan Kasni suaminya dapat sembuh seperti sedia kala.

“Sekarang kakinya mula membengkok. Jadi sayalah yang perlu memikul tanggungjawab sebagai pencari rezeki utama buat kami.

Oleh sebab itu menjadi harapannya supaya suami yang menjadi pencari rezeki keluarga selama ini dapat pulih seperti sedia kala.