PKPD: MB Kedah harap rakyat bersabar, 2,000 keluarga akan dibantu

Muhammad Sanusi - Foto UPDA
Muhammad Sanusi - Foto UPDA
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan menyediakan bantuan bekalan makanan kepada penduduk di empat mukim di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang berusaha mendapatkan jumlah keseluruhan penduduk di kawasan yang terjejas dengan pandemik koronavirus (Covid-19) akibat Kluster Sivagangga.

Beliau berkata, terdapat seramai 2,000 keluarga di empat mukim itu dan jumlah sebenar sedang diperincikan bagi memudahkan proses agihan bekalan makanan.

"Memang cabaran Covid-19 ini berat. Saya faham penduduk yang terlibat sangat tertekan dan dengan demikian kerajaan memutuskan untuk menyediakan bekalan makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD pentadbiran di empat mukim di Kedah bermula hari ini

PKPD: Sekatan jalan di lapan laluan utama di Kedah

"Bagi penduduk yang terlibat dengan PKPD secara pentadbiran ini, JKM sedang berusaha mendapatkan butiran lanjut berkenaan jumlah keluarga yang terlibat dalam kawasan terbabit.

"Bagi mereka yang tidak dapat keluar bekerja, makanan akan dibekalkan oleh JKM dengan kerjasama penghulu dengan peruntukan akan disediakan oleh kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Sanusi berkata, beliau berharap semua penduduk yang terlibat dapat memberikan kerjasama proses saringan sebaik mungkin di tempat yang telah ditetapkan.

"Saya harap semua bersabar. Bagi mereka yang memakai gelang merah jambu, duduk di rumah untuk kuarantin. Selepas dua minggu perlu sekali lagi disaring," katanya.