Lelaki dijel serah akuan pelepasan penjara palsu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki dihukum penjara sebulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menyerahkan dokumen akuan pelepasan penjara yang palsu membabitkan dua pesalah rasuah.

Hukuman diputuskan Hakim Zaman Mohd Noor terhadap tertuduh, Norshah Abdul Rahman, 42 selepas mengaku bersalah pertuduhan terbabit.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu dengan menyerahkan kepada Zulkifli Zakaria, 53, satu dokumen iaitu Surat Akuan Pelepasan/ Pengecualian Penjara Terhadap Kes Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atas nama Zulkifli Zakaria dan Noor Izani Che Ya, 47, yang diketahui sebagai suatu dokumen palsu.

Kesalahan dilakukan di Taman Murni, Kok Lanas di sini pada jam 8 pagi, 26 Oktober 2015.

Dia didakwa dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda.

Artikel Berkaitan: