Pas zahir simpati kepada mangsa letupan di Beirut

Foto yang dimuat naik dalam Facebook Abdul Hadi berkaitan dengan tragedi di Lubnan.
Foto yang dimuat naik dalam Facebook Abdul Hadi berkaitan dengan tragedi di Lubnan.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meluahkan rasa simpati terhadap tragedi letupan di Beirut, Lubnan yang mengakibatkan puluhan terbunuh dan ribuan tercedera.

Beliau berkata, keamanan dan keselamatan rakyat perlu diutamakan, maka sebarang tindakan yang menggugat keharmonian adalah dikutuk dan wajar di bawa ke muka pengadilan.

Sehubungan, beliau yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat berkata, Malaysia melalui Wisma Putra telah menyatakan komitmen untuk membantu Lubnan bangkit daripada bencana berkenaan.

"Semoga Lubnan sentiasa dalam lindungan ALLAH, diberikan kesejahteraan dan keamanan serta rakyatnya bersabar menghadapi ujian," ujarnya dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Kenyataan Abdul Hadi yang dalam Facebook beliau hari ini.
Kenyataan Abdul Hadi yang dalam Facebook beliau hari ini.

Petang semalam, dua letupan kuat menggegarkan Beirut sehingga mengakibatkan kira-kira 73 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 2,000 cedera.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang (waktu tempatan), letupan dipercayai berlaku di pelabuhan bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 73 terkorban, 3,700 cedera dalam letupan di Beirut

Artikel Berkaitan:

Letupan di Beirut berpunca daripada ammonium nitrat

Tiada anggota misi pengaman terlibat tragedi letupan di Beirut