Letupan di Beirut: Malaysia sedia hulur bantuan - PM

Seramai 73 orang terbunuh dan 3,700 lagi cedera dalam dua letupan yang menggegarkan Beirut malam semalam. - Foto AFP
Seramai 73 orang terbunuh dan 3,700 lagi cedera dalam dua letupan yang menggegarkan Beirut malam semalam. - Foto AFP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan kesediaan Malaysia untuk menghulurkan bantuan diperlukan Lubnan selepas ibu negaranya digegarkan dengan letupan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang maut dan lebih 3,000 lagi cedera.

Beliau berkata, kerajaan dan rakyat Malaysia bersimpati dengan keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian itu serta berdoa agar mereka tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan.

“Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Lubnan atas tragedi letupan di Pelabuhan Beirut yang menggemparkan negara itu pagi tadi,” katanya dalam catatan terbaru di akaun Facebooknya.

ARTIKEL BERKAITAN: 73 terkorban, 3,700 cedera dalam letupan di Beirut

Letupan di Beirut berpunca daripada ammonium nitrat

Tiada anggota misi pengaman terlibat tragedi letupan di Beirut

Letupan yang berlaku kira-kira tengah malam semalam (Selasa) waktu Malaysia dipercayai berpunca daripada kebakaran di sebuah gudang di Pelabuhan Beirut yang dikatakan menyimpan bahan letupan.

Muhyiddin dalam pada itu turut menzahirkan rasa kesyukuran selepas dilaporkan semua rakyat Malaysia di Beirut selamat. - Bernama

Artikel Berkaitan: