15 anggota APM, bomba angkat lelaki obesiti

Anggota bomba, APM termasuk petugas perubatan membantu lelaki obesiti seberat kira-kira 200 kilogram untuk mendapatkan rawatan di Hospital Melaka. - Foto ihsan APM Daerah Melaka Tengah
Anggota bomba, APM termasuk petugas perubatan membantu lelaki obesiti seberat kira-kira 200 kilogram untuk mendapatkan rawatan di Hospital Melaka. - Foto ihsan APM Daerah Melaka Tengah
A
A
A

MELAKA - Seramai 15 anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Daerah Melaka Tengah dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu memindahkan seorang lelaki obesiti di Taman TAKH, Ayer Keroh ke Hospital Melaka petang semalam.

Pengarah APM negeri, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, tugas memindahkan Awaludin Abd Aziz, 55, yang mencecah 200 kilogram itu dilakukan kira-kira jam 5.35 petang dan mengambil masa sejam.

Menurutnya, lelaki berkenaan perlu mendapatkan rawatan kerana mengalami sesak nafas.

Lelaki berusia 55 tahun yang beratnya kira-kira 200 kilogram dibawa dengan lori untuk mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, semalam. - Foto ihsan APM Daerah Melaka Tengah
Lelaki berusia 55 tahun yang beratnya kira-kira 200 kilogram dibawa dengan lori untuk mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, semalam. - Foto ihsan APM Daerah Melaka Tengah

"Pihak kami dimaklumkan daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memerlukan bantuan lori untuk menghantar mangsa ke hospital kerana keadaan fizikal mangsa.

"Mangsa kemudian diangkat masuk ke dalam lori jenis MAN milik APM bersama petugas perubatan," katanya.

Tambahnya, lelaki itu juga telah diberi rawatan awal sebelum dibawa ke hospital serta dipantau pasukan pegawai perubatan.

Artikel Berkaitan: