Kane sudah hilang sabar

Harry Kane
Harry Kane
A
A
A

PENYERANG Tottenham Hotspur, Harry Kane diyakini tidak akan terus kekal lama di Spurs sekiranya kelab itu masih gagal memenangi sebarang trofi dalam saingan musim depan.

Bekas pemain tengah Spurs, Jamie O'Hara percaya Kane akan angkat kaki menyertai pasukan gergasi yang mampu memberikan lebih banyak kejuaraan pada masa akan datang.

"Dia sudah berusia 27 tahun dan jika masih gagal menang piala, saya rasa dia perlu tinggalkan Spurs. Untuk mengekalkan pemain hebat sepertinya adalah dengan memenangi piala sahaja.

"Kalau sekadar menyasarkan Piala Liga, ia belum cukup. Saya rasa kalau mereka mampu menang Piala FA dan berada di kedudukan empat terbaik, maka mereka boleh kekalkan Kane.

"Jika mereka berada di kedudukan empat terbaik dan tidak mampu menang piala, mereka perlu ucapkan selamat tinggal kepada Kane," katanya.

Buat masa ini, Kane masih kekal bersama Spurs yang menjadi pasukan profesional pertama disertainya selain meledak 188 gol daripada 287 penampilan bersama The Lilywhites.

Bagaimanapun, Kane turut memberikan bayangan akan menilai kembali kedudukannya di kelab tersebut selepas turut mendapat tawaran daripada beberapa kelab besar lain.

Manchester United dilaporkan menjadi pasukan yang sedang mengejar khidmat Kane selain beberapa kelab Eropah lain seperti Real Madrid dan Paris Saint-Germain turut dikatikan dengan kapten England itu.

Artikel Berkaitan:

Kontrak Kane akan tamat pada 2024, namun kelab-kelab yang berminat mendapatkan Kane sedia membayar harga tinggi untuk menebus kontrak tersebut.