Lelaki ditemui mati tertiarap

Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk proses bedah siasat.
Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk proses bedah siasat.
A
A
A

SUNGAI PETANI – Misteri seorang penghantar bungkusan tidak hadir bekerja selama tiga hari terungkai apabila mayatnya ditemui di rumah di Taman Semarak, kira-kira jam 8 pagi tadi.

Penduduk, Khairul Anuar Zainol, 44, berkata, kejadian disedari salah seorang rakan sekerja mangsa yang curiga apabila gagal menghubungi lelaki itu selain khuatir keadaannya kerana tidak masuk kerja seperti kebiasaan.

Menurutnya, ketika meninjau ke dalam rumah, mangsa ditemui dalam keadaan meniarap.

Difahamkan, lelaki berkenaan tinggal seorang diri setelah berpisah dengan bekas isteri.

No Image Caption

“Saya menerima panggilan dari jiran mengatakan lelaki ini ditemui mati dalam rumah setelah kawan kerja mangsa mai ke rumah untuk periksa sebab dah tiga hari tak masuk kerja.

"Susulan itu, saya terus ke lokasi bagi memastikan kejadian terbabit sebelum menghubungi pihak berkuasa," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa dikenal pasti sebagai seorang pemandu lori kurier meninggal dunia di rumahnya yang tinggal seorang diri.

Artikel Berkaitan:

"Anaknya memaklumkan, bapa kepada tiga orang anak itu tinggal sendirian manakala ahli keluarga lain menetap di Felda Teloi Timur Kuala Ketil.

Mereka kali terakhir bertemu November lalu.

"Berdasarkan siasatan tempat kejadian, tiada unsur jenayah dan mangsa meninggal dunia beberapa hari, berdasarkan bentuk fizikal," katanya.