'Agihan kerusi UMNO dimuktamad selepas rundingan'

Abdul Aziz pada program Wacana Siri ke-184 bertajuk ‘Mampukah PRN rungkai pergolakan politik di Sabah? yang disiarkan secara langsung di Studio F, Kumpulan Media Karangkraf di sini malam tadi.
Abdul Aziz pada program Wacana Siri ke-184 bertajuk ‘Mampukah PRN rungkai pergolakan politik di Sabah? yang disiarkan secara langsung di Studio F, Kumpulan Media Karangkraf di sini malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Isu pengagihan kerusi UMNO yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diputuskan selepas selesai rundingan kedudukan kerusi dengan rakan komponen serta parti sekutu Barisan Nasional (BN) negeri.

Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain berkata, rundingan berkenaan akan diadakan dalam tempoh terdekat susulan keputusan parti untuk berdepan Parti Warisan Sabah (Warisan) di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan.

“Setakat ini, kita belum memutuskan peratusan pengagihan kerusi. Terdapat banyak parti, agak susah untuk melaraskan peratus pembahagian kerusi dan semuanya masih dalam perundingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wakil rakyat Sabah bukan kraftangan boleh dijual beli

“Namun tidak timbul isu ini kerana ia bukan masalah besar selagi kita mempunyai matlamat serta objektif yang sama iaitu memenangi PRN kali ini,” katanya pada program Wacana Siri ke-184 bertajuk ‘Mampukah PRN rungkai pergolakan politik di Sabah?' yang disiarkan secara langsung di Studio F, Kumpulan Media Karangkraf, di sini malam tadi.

Ditanya sama ada wakil rakyat yang melompat parti akan dicalonkan semasa PRN nanti, beliau berkata, buat masa ini, ia belum diputuskan oleh peringkat tertinggi.

“Kita akan berbincang dengan pemimpin mengenai hal ini dan mencari formula terbaik untuk memenangi PRN nanti,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan tindakan wakil rakyat melompat parti kerana ada campur tangan daripada pihak tertentu, tegas beliau ia hanyalah satu tuduhan yang tidak berasas.

“Sebaiknya laporkan kepada pihak berkuasa jika benar ada bukti mengenai dakwaan itu. Namun ia hanya buang masa sekiranya tuduhan dbuat tanpa ada bukti kukuh,” katanya.

Artikel Berkaitan: