Noh sumbang 1,000 beg baja organik kepada petani

Noh (tiga dari kiri) mengagihkan sumbangan baja organik kepada petani di Parlimen Tanjong Karang.
Noh (tiga dari kiri) mengagihkan sumbangan baja organik kepada petani di Parlimen Tanjong Karang.
A
A
A

TANJONG KARANG - Kira-kira 50 petani yang mengusahakan tanaman kontan sekitar Parlimen Tanjong Karang menerima 40 kilogram baja organik bagi meningkatkan kesuburan tanah dan tanaman mereka.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, sebanyak 1,000 beg baja seberat 40 tan metrik diagihkan antara lain bertujuan membantu meringankan beban petani yang terjejas berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Pemberian baja organik percuma ini merupakan usaha saya bagi membantu penanam sayur, jagung, cili dan tanaman kontan lain meningkatkan pengeluaran hasil," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan baja organik di Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Lorong Rambutan Parit 2 Ban Kanal di sini hari ini.

Noh yang juga Pengerusi UMNO Selangor berkata, beliau berhasrat menjadikan kawasan Parlimen Tanjong Karang sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian bagi merancakkan sektor ekonomi penduduk setempat.

Katanya, ramai penduduk yang sebelum ini mengusahakan tanaman padi mula bertukar kepada tanaman kontan kerana akibat pengeluaran hasil padi kurang memuaskan.

"Selain itu, petani yang menggunakan kaedah moden mampu menjana pendapatan tinggi," katanya.

Artikel Berkaitan: