Bekas juruterbang maut dipercayai tekanan dihentikan kerja

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SERDANG - Tekanan hidup dipercayai menjadi punca seorang bekas juruterbang terjun dari kondominiumnya di Bandar Kinrara, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, polis menerima maklumat kejadian terbabit pada jam 3.10 petang.

"Siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa lelaki berusia 35 tahun dipercayai terjun dari tingkat 12 kediamannya.

"Pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian tiada menjumpai kesan mencurigakan atau unsur jenayah. Selain itu, pemeriksaan fizikal pada mayat mangsa juga tidak menemui kecederaan akibat perbuatan jenayah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dikatakan bertindak demikian kerana tertekan dan tidak dapat mengawal diri akibat diberhentikan kerja dua bulan lalu.

"Siasatan lanjut sedang diteruskan dan pihak polis meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang komen yang boleh mengganggu siasatan dan mengguris hati keluarga mangsa," katanya.

Difahamkan, mayat mendiang akan dibawa ke Kampung Peringatan Jing An (Jing An Memorial Village) di Kajang.

Artikel Berkaitan: