Lelaki mati lima tahun lalu 'hidup semula'

Ricardas Puisys ditemui masih hidup selepas hilang lima tahun lalu. - Foto Metro.co.uk
Ricardas Puisys ditemui masih hidup selepas hilang lima tahun lalu. - Foto Metro.co.uk
A
A
A

ENGLAND - Seorang pekerja ladang yang dipercayai mati dibunuh kira-kira lima tahun lalu 'hidup semula' sekali gus merungkai misteri kehilangannya.

Ricardas Puisys, 35, ditemui tinggal bersendirian di kawasan hutan di Cambridgeshire, di sini dan tidak berkomunikasi dengan sesiapa selama tempoh kehilangannya sejak September 2015, lapor Metro.co.uk.

Operasi mencarinya giat dilakukan secara hebahan namun jejaknya gagal dikesan sebelum pihak berkuasa membuat kesimpulan awal bahawa lelaki itu mungkin dibunuh.

Jurucakap polis berkata, kali terakhir Ricardas dilihat sedang bekerja di sebuah kilang bawang di Dean Drove, Chatteris pada 26 September 2015.

Ricardas dipercayai bersama beberapa lelaki pada dia petang dilaporkan hilang dan tidak hadir bekerja dua hari selepas itu.

"Kita percaya dia terlibat dengan pergaduhan atau sebagainya yang menyebabkan dia hilang dan dibunuh.

“Pasukan penyiasat memanggil semua saksi dan rakan-rakannya, namun tiada sebarang maklumat berkaitan kehilangannya,” katanya.

Ketua Detektif, Rob Hall berkata, polis mula sedar yang lelaki itu masih hidup selepas menemukan gambar swafoto Ricardas yang dimuat naik di Facebooknya pada November tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Usaha untuk mengesannya menurut Rob dilakukan sejak berbulan lalu sebelum dia ditemukan pada 1 Julai lalu.

“Ketika ditemukan, Ricardas berada dalam keadaan baik tetapi enggan bercakap. Kita percaya masalah di tempat kerjanya menjadi punca dia lari bersembunyi di kawasan hutan.

"Buat masa ini kita sedang memberi perlindungan kepada Ricardas dan akan memastikan dia mendapat sokongan yang diperlukan selepas lebih lima tahun bersembunyi,” katanya.