X

Kindly register in order to view this article
!

PKH Lahad Datu dinaik taraf

A
A

LAHAD DATU - Pusat Khidmat Hasil (PKH) Lahad Datu dinaik taraf kepada Pejabat Satelit Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Lahad Datu.

LHDN dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pejabat satelit itu akan beroperasi di No.9,10,11 & 12, Tingkat Bawah Blok A, Harbour Town di sini mulai 10 Ogos ini.

“Pejabat satelit berfungsi sebagai pusat sehenti LHDN yang terletak di luar kawasan cawangan utama dan mendekatkan perkhidmatan LHDN kepada pembayar cukai atau pelanggan, selain memberikan perkhidmatan yang lebih meluas berbanding PKH,” menurut kenyataan itu.

Pejabat Satelit Lahad Datu yang berada di bawah seliaan LHDN cawangan Tawau adalah Pejabat Satelit LHDN ketiga selepas pejabat Cyberjaya, Selangor dan Batu Pahat, Johor.

Perkhidmatan yang disediakan di Pejabat Satelit Lahad Datu antaranya percukaian, duti setem, Bantuan Sara Hidup dan ez-HASiL melibatkan e-Filing, e-Daftar termasuk ByrHASiL.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!