Jual baulu bakar sabut kelapa

Rizal memasak kuih baulu yang dibakar secara tradisional menggunakan kayu api getah dan sabut kelapa bagi memberikan keenakan rasa kuih baulu.
Rizal memasak kuih baulu yang dibakar secara tradisional menggunakan kayu api getah dan sabut kelapa bagi memberikan keenakan rasa kuih baulu.
A
A
A

REMBAU - Keenakan rasa baulu resipi turun-temurun sejak 60 tahun lalu yang dibakar secara tradisional menggunakan kayu api dan sabut kelapa menjadi tarikan orang ramai untuk membeli ‘Bahulu Bakar Sabut Kelapo Warisan Sitam’ yang diusahakan sebuah keluarga di Kampung Batang Nyamor, Kota dekat sini.

Menurut Hamsyinar Yunus, 34, idea membuat kuih baulu secara tradisional itu terhasil kerana ingin menambah pendapatan yang terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Berbekalkan resipi daripada arwah nenek, beliau mengusahakan kuih baulu tersebut di rumahnya bersama kakaknya, Shamsyidar, 39, dan suami, Rizal Mohammad, 46, serta dua orang pembantu.

“Bahan-bahan yang telah siap diadun akan dibakar di atas tungku menggunakan kayu api getah dan sabut kelapa, kemudian akan dimasak selama lima hingga tujuh minit.

“Setiap satu bancuhan dapat menghasilkan kira-kira 300 biji baulu. Pada hari biasa, Isnin hingga Rabu kami akan masak lebih kurang 1,000 biji baulu, manakala pada hujung minggu mencecah sehingga 2,000 biji bagi menampung permintaan yang agak memberangsangkan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Hamsyinar berkata, baulu yang sudah dimasak akan dimasukkan ke dalam bekas yang boleh diisi sehingga 50 biji dan dijual pada harga RM20 satu bekas.

“Pembelian tidak dapat buat secara pos kerana bimbang kua-litinya akan rosak, jadi pelanggan akan datang sendiri untuk beli.

“Ada antara pelanggan kami datang dari Perak, Selangor dan negeri lain, bukan dari Negeri Sembilan sahaja,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Hamsyinar, beliau tidak menyangka keputusan untuk menjual baulu itu mendapat sambutan yang menggalakkan, bahkan hasil pendapatan yang diperoleh kini dapat melunaskan komitmen yang ada dan membantu menampung perbelajaan harian mereka sejak perniagaan katering yang diusahakannya terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19). - Bernama