X

Kindly register in order to view this article
!

Tular gambar Jalur Gemilang terbalik tanpa usul periksa

Kedudukan Jalur Gemilang di sebuah sekolah di Batu 4 Jalan Kapar, Klang yang telah diperbetulkan semula.
A
A

KLANG - Polis menafikan sebuah sekolah di Batu 4 Jalan Kapar di sini sengaja memasang Jalur Gemilang terbalik seperti yang tular dalam laman sosial.

Sebaliknya, kejadian kira-kira jam 5 petang semalam itu berlaku semasa ia dipasang oleh seorang pekerja pembersihan sekolah secara tidak sengaja.

Pekerja berkenaan merupakan warga Indonesia bertaraf pemastautin tetap dengan dibantu seorang pekerja wanita tempatan yang memasang Jalur Gemilang di dinding belakang tingkat bawah bangunan blok A sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, setelah siap dipasang, pekerja tersebut telah turun untuk melihat kedudukan bendera tersebut dan mendapati ia dalam keadaan terbalik.

"Pekerja tersebut terus bertindak membuka kembali bendera tersebut dan memasang mengikut kedudukan yang betul dalam tempoh masa kira-kira 10 minit.

"Namun dalam tempoh masa yang singkat itu, seorang individu yang kebetulan berada di luar pagar sekolah tersebut telah mengambil gambar kedudukan Jalur Gemilang yang dipasang terbalik dan menularkannya di media sosial Facebook dengan memainkan isu perkauman tanpa usul periksa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis juga menasihatkan orang ramai supaya menghentikan menyebarkan gambar tersebut.

Susulan itu, katanya, satu laporan juga telah dibuat oleh timbalan pengerusi pengelola sekolah berkenaan bagi menafikan bahawa pihaknya sengaja memasang bendera dengan terbalik.

Menurutnya, perbuatan mengganggu gugat ketenteraman awam adalah satu kesalahan.

Terdahulu, kejadian terbabit telah tular di media sosial dengan komen yang berbaur perkauman.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!