Patuhi SOP, ambil iktibar Kluster Sivagangga: Pakar

Anggota Polis dari IPD Kubang Pasu melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) berikutan pelaksanaan TEMCO di Kubang. -Foto Bernama
Anggota Polis dari IPD Kubang Pasu melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) berikutan pelaksanaan TEMCO di Kubang. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai harus mengambil iktibar terhadap punca kewujudan Kluster Sivagangga dan tidak memandang mudah prosedur operasi standard (SOP) yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, SOP ditetapkan tidak sukar dipatuhi tetapi pelaksanaannya memerlukan komitmen daripada masyarakat.

"Kalau SOP tidak dipatuhi sedikit kesilapan akan bawa impak kepada masyarakat, SOP atau langkah pencegahan tidaklah sukar, tapi komitmen melaksanakan dalam satu tempoh berteruskan memerlukan sedikit kesabaran.

"Kita perlu sokongan daripada masyarakat untuk bantu melaksanakan prosedur berkenaan," katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Bernama TV hari ini.

Kes indeks Kluster Sivagangga menular selepas seorang pemastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India dan perlu menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), namun tidak mematuhi syarat perintah itu.- Bernama

Artikel Berkaitan: