X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan perlu bantu tingkat tahap keselamatan sekolah tahfiz

Mohd Azmi Abdul Hamid
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan disaran membantu segera sekolah tahfiz dari aspek prasarana dan pengurusan susulan kebanyakannya berdepan kekangan kewangan.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, akibat daripada itu, prosedur operasi standard (SOP) keselamatan di sekolah tahfiz masih belum diperketatkan kerana peraturan keselamatan belum diikuti dengan sempurna oleh pengurusan sekolah.

"Walaupun sekolah menghadapi kekangan kewangan, tetapi pihak pengurusan sekolah tidak boleh berkompromi soal keselamatan. Jika tidak dapat memenuhi syarat keselamatan, sekolah sewajarnya ditangguh operasi sehingga semua aspek keselamatan sekolah diatasi dengan sempurna," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Azmi berkata, walaupun kerajaan telah mengambil inisiatif mewujudkan agensi untuk memantau perkembangan sekolah tahfiz, namun pelaksanaannya masih belum cukup lancar.

"Banyak syor yang diutarakan tetapi tidak dilaksana secara berkesan. Apa yang perlu ialah penyelarasan dan kerjasama padu dan cekap antara agensi dan pihak sekolah," katanya.

Menurutnya, sekiranya karenah birokrasi terlalu rumit, isu tersebut tidak akan selesai.

"Banyak agensi Islam baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri diwujudkan. Tidak wajar timbul isu tidak cukup dana untuk bantu sekolah yang layak," katanya.

Mohd Azmi berkata, kejadian kebakaran sekolah tahfiz di Banting, Selangor dan Lambor, Perak bulan lalu perlu diberi perhatian serius.

"Kami prihatin gejala yang boleh menjejaskan imej sekolah tahfiz apabila aspek prasarana dan keselamatan belum diurus dengan baik," kata beliau.

Kejadian 2017 di Keramat juga sepatutnya sudah menyedarkan banyak pihak bahawa aspek keselamatan perlu diteliti," katanya.

Menurutnya, kebanyakan sekolah tahfiz adalah sekolah rakyat dan swasta, namun masyarakat cenderung menghantar anak ke sekolah tahfiz dan perlukan perancangan rapi bagi memenuhi syarat diperlukan untuk kesempurnaan pengajian pelajar.

"Insiden kebakaran akan terus menjadi fenomena yang tidak dapat diatasi jika pelaksanaan tidak sempurna," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!