X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat warga emas ditemui dalam longkang

Keadaan mayat lelaki warga emas semasa ditemui dalam longkang pagi tadi.
A
A

BATU PAHAT - Seorang warga emas ditemui mati dalam sebuah longkang di Jalan Mohd Akil di sini pagi tadi.

Mayat lelaki berusia 60-an itu ditemui bersama sebuah basikal dalam longkang berkenaan.

Menurut komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ridwan Gembur, mayat lelaki berkenaan ditemui dalam parit pada kedalaman kira-kira 1.5 meter.

"Operasi mengangkat mayat tersebut menggunakan strecher dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Maklumat lengkap mangsa tidak diketahui kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi berkenaan ditamatkan pada jam 5.40 pagi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!