Penggunaan pelitup muka bantu kurangkan kes Covid-19 di AS

Presiden AS, Donald Trump turut menggunakan pelitup muka dalam lawatannya baru-baru ini. Foto: AFP
Presiden AS, Donald Trump turut menggunakan pelitup muka dalam lawatannya baru-baru ini. Foto: AFP
A
A
A

WASHINGTON - Kes jangkitan koronavirus (Covid-19) menyaksikan penurunan berterusan sejak rakyat Amerika Syarikat (AS) diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam, lapor agensi berita Xinhua memetik CNN pada Isnin.

Selepas lima hari penggunaan pelitup muka, kadar pertumbuhan kes harian dilihat perlahan di bawah satu peratus, selepas 21 hari kadar pertumbuhan sekitar dua peratus, menurut penyelidikan Jabatan Pengurusan Dasar dan Kesihatan di Universiti Iowa.

Antara 8 April dan 15 Mei, gabenor 15 negeri AS dan datuk bandar Washington, menandatangani perintah untuk mewajibkan penggunaan pelitup muka di tempat awam. Penyelidik mengkaji perubahan dalam kadar kes Covid-19 di peringkat daerah antara 31 Mac dan 22 Mei.

Kajian menganggarkan 230,000-450,000 kes mungkin dapat dicegah pada 22 Mei. - Bernama

Artikel Berkaitan: