Tempoh bayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan

Noraini Ahmad
Noraini Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tempoh tiga bulan lagi bermula 1 Oktober ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, penangguhan itu membabitkan jumlah bayaran balik kira-kira RM375 juta.

"Ini bermakna jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion." katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semua peminjam PTPTN akan diberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan sebagaimana pelaksanaan penangguhan sebelum ini.

"Sekiranya terdapat peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman, mereka boleh berbuat demikian melalui saluran bayaran balik secara dalam talian yang telah disediakan," katanya.

Noraini berkata, beliau berharap penangguhan itu dapat membantu meringankan beban ditanggung peminjam PTPTN.

"Kerajaan amat prihatin dan peka terhadap kekangan kewangan yang dihadapi sebilangan peminjam PTPTN yang menghadapi kesukaran hidup disebabkan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: