Lyon mahu singkir Juventus

Depay -Foto: Getty Images
Depay -Foto: Getty Images
A
A
A

PEMAIN Lyon, Memphis Depay mengatakan dirinya tidak gentar berdepan juara Serie A, Juventus dalam perlawanan kedua peringkat kalah mati saingan Liga Juara-Juara di Turin, kelak.

Depay berkata, berbekalkan kelebihan satu gol hasil kemenangan 1-0 di Olympique Lyonnais 27 Februari lalu, pihaknya yakin mampu menghasilkan membenam Juventus di depan penyokong mereka sendiri.

Malah menurut Depay, kesebelasan Lyon akan beraksi bermati-matian untuk menyingkirkan skuad The Old Lady itu, Jumaat ini.

“Aksi pertama lalu saya tidak beraksi akibat kecederaan lutut. Namun semangat rakan-rakan sepasukan membuatkan saya rasa sungguh gembira dan bersemangat.

“Juventus tidak beraksi dengan baik, tetapi setelah beberapa bulan situasi mungkin berubah kerana mereka telah beraksi lebih banyak perlawanan berbanding kami dan ini menjadikan banyak aspek berbeza.

“Tetapi dalam tempoh itu juga menjadikan saya kini mampu untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara. Kini saya bersedia,” katanya.

Sementara itu Depay berkata, biarpun bakal berdepan dengan skuad yang dibarisi ramai pemain handalan, namun ia tidak akan memberikan kesan kepada Lyon untuk bertandang ke Turin.

Malah katanya, dengan barisan pemain muda yang diturunkan tekanan sudah pasti berada di pihak Juventus.

Artikel Berkaitan:

“Kita perlu tunggu dan lihat. Saya tahu, pasukan kami bukan pasukan pilihan, cuma apa yang ingin saya tegaskan, adalah kami tidak gentar untuk berdepan Juventus,” katanya.