X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda Amanah saran PH guna logo Warisan

Khairuddin Daud
A
A

SHAH ALAM - Parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) serta Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) disaran menggunakan logo Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.

Pengarah Komunikasi Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Khairuddin Daud berkata, penggunaan logo Warisan wajar sebagai menunjukkan kesatuan dan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Warisan dalam menghadapi PRN berkenaan.

"Meskipun diugut, ditekan dan cuba dibeli oleh pemimpin Perikatan Nasional (PN), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Warisan tetap bertahan mempertahankan mandat rakyat Sabah sehingga DUN dibubarkan.

"Rata-rata rakyat Sabah khususnya anak muda menolak pemimpin yang disifatkan sebagai 'katak' dan kecewa terhadap sikap pemimpin politik yang mementingkan periuk nasi sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Khairuddin berkata, Pemuda Amanah mencadangkan parti-parti dalam PH serta UPKO mencapai kata sepakat menggunakan satu logo sahaja iaitu Warisan.

"Ia juga sebagai tanda solidariti kita mempertahankan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," kata beliau.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!